Maahad Ad Dakwah Islamiyyah (sumbangan derma)

441 Padang Menora 13310 Tasek Gelugor

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Tel 0194296690
045731062

Sumbangan Jariah:
TABUNG KEBAJIKAN & DAKWAH AL BUSYRA
Ustaz Haji Subri bin Hj Md Arshad (Mudir Ma'had)
Bank Islam 07016010055896

Nota:

PULAU PINANG, 4 Sept : Bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Mohd Arshad terlibat kemalangan di persimpangan Pekan Kepala Batas jam 5.40 pagi tadi ketika menuju ke Masjid Bakar Arang, Sungai Petani untuk memberikan kuliah subuh.

Kereta yang dipandu oleh pembantunya, tidak sempat mengelak lori rosak yang berada di bahu jalan. Kini beliau ditempatkan di wad 7, Hospital Seberang Jaya, Permatang Pauh sejak awal pagi tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan tangan kirinya patah dan kaki kirinya kebas manakala mengalami jahitan di bahagian kepala.

Pembantunya hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Semasa pilihan raya Umm ke-12 beliau diberikan amanah menentang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas.

Beliau mendapat keputusan yang memberangsangkan apabila berjaya mengurangkan majoriti Abdullah daripada 19 ribu ke 13 ribu undi.
Pada pilihan raya umum ke-11, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menentang veteran Umno yang juga Setiausaha Umno Negeri, Dato' Azhar Ibrahim. Harakah

AttachmentSize
Ustaz Subri Mohd Arshad.JPG28.89 KB
Share

Author information

Cari Jodoh Islam (Malaysia)

Advertise here for RM10 yearly per link / 1 line

Contact us to submit your ads