Perincian


Program Motivasi & Bimbingan, Teknologi Kejayaan Diri, Bina Insan Cemerlang, Bina Semangat Berpasukan (Team Building), Kecemerlangan Organisasi, Khidmat Bakti






Program Motivasi & Bimbingan bertujuan membangunkan
Individu ke arah Kecemerlangan Diri, Kerjaya dan Organisasi,
menyeimbangkan Jati Diri, Kerohanian, Mental, dan Kecergasan
Fizikal, dan mengharmonikan diri dengan Alam Murni ciptaan
Ilahi.

Dengan menjadikan Kejayaan dunia & akhirat sebagai matlamat
murni, Bina Insan, Organisasi, Kerjaya dengan bertunjangkan
peningkatan Diri, Iman dan Akhlak adalah teras kepada
Kecemerlangan Insan (Personal Excellence).

Program ini disesuaikan dengan peringkat umur dan organisasi:
Kakitangan Swasta, Industri, Korporat, dan Kerajaan, Dewasa dan
Remaja, pelajar sekolah dan Siswa-siswi Institut Pengajian Tinggi, dan
ahli-ahli Pertubuhan Sukarelawan, Badan Bukan Kerajaan, serta
Persatuan Belia.


Bina Insan Cemerlang Muslim-Mukmin




Program khas Motivasi Pembinaan Diri, Keluarga, dan Organisasi Muslim
diberi penumpuan dengan matlamat membentuk komuniti dan umat yang
membangun dengan Islam. Bagi anda yang memerlukan perhatian khusus,
program Bimbingan Kaunseling Keibubapaan dan Kaunseling Remaja diharap
dapat membantu membentuk diri, pasangan, dan anak-anak.


Sila lihat Senarai Program Bengkel & Kursus yang dianjurkan


(English list of programmes & courses)

  • Bengkel Latihan Kemahiran Komunikasi dan Pembentangan
  • Communication and Presentation Skills for Professionals and Managers


Bengkel Komunikasi & Pembentangan PRESENTATION SKILLS

Bengkel Kemahiran Pembentangan yang perlu dikuasai oleh para profesional, usahawan, eksekutif, pengurus, dan setiap individu yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

.

  • Budaya Kerja & Pengurusan Positif
  • Positive Work & Management Culture for Organizations and Companies

      .

      • BINA SEMANGAT BERPASUKAN
      • CORPORATE TEAM BUILDING

      menyepadukan kegiatan berkumpulan lasak, Kemahiran Kerja Berpasukan, Kepimpinan, Penyelesaian Masalah dan Pelan Tindakan
      (Adventure-based Training, Teamwork, Leadership, Problem Solving skills, Action Planning).

      Anda mempunyai pilihan menyertai 2 format:

      • Bengkel Kemahiran Kerja Berpasukan
        dalam bentuk seminar interaktif (indoor) & bengkel amali
        (Table-top activities, Role playing, Games)

      • Kem Bina Pasukan - Latihan Berpasukan lasak (outdoor, camp) yang menggunakan kegiatan riadah fizikal dan perkelilingan alam di pusat-pusat latihan yang menyediakan prasarana latihan lasak dan keindahan alam.
        Pelbagai jenis aktiviti lasak boleh dijalankan sesuai dengan tahap kecergasan.
        Kembara alam dan ekspedisi yang lebih mencabar juga boleh dianjurkan.
        Kem Bina Pasukan juga boleh disepadukan dengan pengisian Bina Insan, Khidmat Bakti.
        (Sila lihat senarai aktiviti lasak)
        (Sila lihat lokasi Pusat Latihan)


        Bina Semangat Berpasukan TEAM BUILDING

      Program Kecemerlangan Organisasi
      dianjurkan secara Bengkel dan Seminar (Indoor), dan menggabungkan aktiviti riadah lasak (Outdoor activities). Program ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada syarikat swasta dan badan korporat bagi meningkatkan moral dan produktiviti organisasi mereka. Dengan menyeimbangkan program berbentuk Seminar, Kuliah, Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti lasak dan Khidmat Bakti, matlamat utama akan dicapai iaitu membentuk Individu dan Organisasi cemerlang.

      Program Teknologi Kejayaan Diri
      memanfaatkan kaedah dan teknologi Pembinaan Diri ke arah kejayaan:
      Pengurusan Diri - kesejahteraan Rohani, akal, hati, jasmani, alam, antara-Insan
      Motivasi Muslim-Mukmin - kekuatan diri berteraskan aqidah, amal & akhlak Islami
      - Pembangunan Potensi Diri
      - Sifat & Sikap Positif (Insan Cemerlangg)
      - Neuro-Linguistic Programming
      - Tekad & Matlamat
      - Strategi Kejayaan

      Dianjurkan secara Bengkel dan Seminar.

      Bagi program Khidmat Bakti, peserta berpeluang melawat dan menyumbangkan tenaga di perkampungan masyarakat tempatan dan pedalaman, nelayan dan petani. Peserta juga berpeluang mengimbau kenangan `nostalgia' dibesarkan dalam suasana komuniti desa yang harmoni.

      Lawatan mesra-ceria, sukaneka, dan sumbangan material juga boleh dianjurkan di Pusat Latihan Persatuan Orang Kurang Upaya, Rumah Anak Yatim, Rumah Perlindungan Kanak-kanak, dan badan kebajikan lain bagi menghubungkan antara badan-badan korporat dan swasta dengan golongan kurang bernasib baik. Dengan ini organisasi dapat menyuburkan sifat ehsan dan membantu mereka, membangkitkan semangat yakin diri dan kegembiraan di kalangan mereka, dan menyumbangkan keperluan baik dalam bentuk wang, peluang pekerjaan, mahupun peralatan dan teknologi.

      Bagi peserta Muslim, Motivasi Kecemerlangan Insan Muslim-Mukmin dan Pengurusan Diri disepadukan dengan aktiviti Ibadah iaitu Solat Berjemaah, Tazkirah, Qiamullail, perbincangan berkumpulan, pembentangan Sirah (Sejarah perjuangan Rasul), dan persembahan yang bermatlamatkan Pengukuhan Diri Muslim sejati yang memberikan manfaat kekuatan diri dan organisasi selaras dengan kaedah pendidikan Islam yang perlu diamalkan ke arah kecemerlangan.

      Tidak kurang pentingnya ialah mendidik setiap peserta program ini untuk menyesuaikan cara hidup dan kerjaya dengan keharmonian Alam Murni. Peserta akan didedahkan dengan kesedaraan dan etika mengenai alam semulajadi - hutan rimba, hidupan liar, sungai, air terjun, laut, demi menghargai dan memelihara ciptaan Ilahi.



      Dapatkan cadangan program dan sebutharga.

      Request Info & Pricing

      Susulan cadangan dan sebutharga akan diberi melalui email (tidak melalui faksimil) jadi pastikan anda memberikan alamat email yang sah.

      eMail BinaInsanCemerlang@yahoo.com

      Hubungi: Azhar Awang (09) 223 4130 - Pengurus Program
      (019) 966 7092